Pages

Friday, March 28, 2008

~IeDa BerTuNanG~

Thursday, 2oth march 2008...bersamaan 12 Rabiulawwal 1429 Hijrah, in conjunction with the celebration of Hari Maulidur Rasul (birthday of Prophet Muhammad s.a.w), Kerajaan negeri Kedah yang diketahui umum successfully conquered by Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengadakan Ceramah Maulidur Rasul 1429 di Stadium Sultan Abdul Halim malam tadi. Menurut sumber, lebih 100 ribu orang membanjiri kawasan stadium tersebut untuk mendegar ceramah yang turut disampaikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Patut la mase kitorang sampai Alor Setar petang tu traffic jam kat Jalan Suka Menanti..huhu Orgpun memang suka la menanti kt situ.. mostly yg datang dah siap berkepiah & bertelekung especially tok..tokwan..fuhh..memang happening la depa ni, bersemangat btol nak dengag ceramah dr tok guru naa.. Sebagai hadiah, Menteri Besag depa, Ustaz Azizan Abdul Razak mengumumkan pemberian tiket percuma untuk orang ramai menonton perlawanan bolasepak di Stadium Darul Aman pada 23 mac 3008..


Berbalik pada topik utama yg hangat tu plak..hehe..tentang Ida bertunang tu..ramai jugak yg taktau..dan yg nak tau..mase ida balikpun sume barang2 hantaran dah disiapkan oleh mak & makcik2 ida..bertuah btol ida florida a.k.a Jenna..so, kitorang dijemput untuk membantu ida mengemas rumah & membuat amalan lain seperti melibatkan diri dalam aktiviti membuat karipap dengan makcik2 ida..memang syok abeh.. siap stay up lagi..dan pemenang untuk kategori kelim karipap plg comey adalah chebad..itu pon berkat tunjuk ajar bakal makciknya, ida...huhu

the curry-puff gurl!

Keesokan harinya, majlis pertunangan ida dimulakan dengan bacaan doa&tahlil untuk Arwah ayah ida, Arwah Ir. Muhamad Nizar..Al-Fatihah..

Rombongan pihak lelaki datang dari Gurun, kedah..yg mengambil mase lebih kurang sejam untuk ke rumah ida di Alor Star. Tunang Ida tidak menghadirkan diri masa tu..memang adat orang Kedah kot..


Ida yg Bahagia! wawa

Pantun 4 kerat khas utk ida...hihi

"dari Gurun rombongan dinanti,
bakal memikat si dara merpati,
Abang Fir gelaran diberi,
orangnya tinggi lampai sekali"

Antara rakan2 yg hadir...kesemuanya merupakan graduated student from UIA, sebelah kanan ida, namanya Ain..same skool dengan ida mase di perlis dlu..muke depa pun cam nk serupa..Ain sekarang pharmacist di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star,Kedah..chayok Ain!

Esoknya, Teh..buah hati ulam jantung chebad ler..hihi..lavu lavu ajak jalan2 Kedah..gi shopping kt Pekan Rabu..then, gi lunch kt tempat name Pumpong, kat situ memang banyak restoran masakan Melayu yang menghidangkan bermacam2 jenis lauk pauk..sedappp..
Photobucket

Pada 23 mac 2008, Alhamdulillah....Kedah telah mencapai kemenangan yang selesa membenam perak dengan 5 gol berbalas 1..tapi apa yg nak diceritakan di sini bukanlah pasal keputusan bola sepak...kerajaan baru kedah telah menghadiahkan tiket percuma kepada 35 000 penyokong setia kedah..(walaupun dlm stadium mlm tu ada lebih 40 000 penonton...seperti yang dijangka kan...penonton smpai seawal 4.30 ptg!!! dri pelusuk kedah..hmm..time tu,.mcm mna puak2 nie nak solat??... rupa2nya kat parking keta, ada 2 biji khemah putih besar yang berdinding dan bertapak platform..(mcm pentas vip) yg dijadikan surau utk solat....kat luar stadium...siap ada 7 tong besar utk amik wudhu plus 1 lori JBA standby...inilah kerajaan baru yang dibentuk..yang penting cerita benar nie x kan msuk dlm media arus perdana...heh



No comments:

Post a Comment

Custom Search